Friday, October 28, 2011
I've Been Dupped!
I've been meaning to watch this korean drama entitled Mischievous Kiss. (Nak tgk pon sebab dude tu handsome gila la kan? ƗƗ¡ƗƗ¡ƗƗ¡ "̮) so last night I went to The Mines, cari punya cari at last jumpa gak kedai yg Miss Aliaa recommend. Owh and the shop sangat bagus btw, the dude there was very friendly and helpful. Siap checkkan skali subtitle ade ke ✗ :) ehh back to my rumblings, cari2 jumpa la dvdnye. Dengan excitednya, beli smpai 5 drama! Haha over sungguh mentang² coti bak kate Miss Aliaa (miss ni kire mcm sunbae, sunbae drama korea!)
Pastu today, I spent the whole day watching cerita ni and it hit me! Mcm pernah plak tgk cite ni! Bile mase plak? Rupanya storyline sebijik mcm cerita Emelyn yg dok syok tgk everyweek tu T.T sumpah terus rasa hampa sgt².
Its not that is not ok to tiru. Eh bukan tiru la pun, kira remake/adaptation la kan? Yes, korean pun buat remake gak mcm Boys Over Flowers tu yg ikut Taiwan's Meteor Garden. Tapi sedih gak, sebab bukan idea datang dari director/writer drama Emelyn tu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, October 16, 2011
Updates!
exams? Don't ask!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, October 13, 2011
Ha? Ape? Dah bertunang??
Bukan juga nak mengatakan bertunang ni menyusahkan, tapi dari kita berhabis utk tunang, kenapa tak simpan duit tu utk kahwin nanti? Simpan utk pergi honeymoon ke, simpan utk rumah ke. Tapi ye la kan, kalau mampu and nak buat majlis silakan. Kat majlis tu nanti pon boleh la dua belah family berkenalan ye tak? Boleh jugak bincang utk majlis kawin nanti.
Eh dah la, bace je article kat bawah ni ek ;)
Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, October 03, 2011
BEC 101 - Engineering Mechanics
"Sarah?" "Yes, sir?" "Where are you from?" With confidence I answered, "Malaysia".
The whole class, yes including my lecturer, laughed at my respond. I was puzzled and made weird faces haha.
AP Khairul Salleh chuckled and said, "I know, but where in Malaysia?" And I went, "ohhhhh subang jaya :D"
Right then I knew I'm gonna love this subject. Well maybe not the subject, but the teachings of AP Khairul Salleh. And Alhamdulillah I got an A+ for that subject :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone




