Friday, December 30, 2011

Itu je ke??


Pagi tadi buka tv and *yeayy* Ombak Rindu dah keluar kt astro first! dah tau dah mlm ni nak buat apa hehe boleh la tgk dengan mom&dad. since ktorg pun bukan nk pegi mana pun kan? So ok, lepas balik ambik mom and makan kt kedai mee jawa wak swarno kat Kg Baru, ktorg pon balik rumah and i decided to purchase la channel tu. Movie starts at 9.40, so sempat la mom nk goreng keropok lekor makan2 skit and start tgk. tapi, 15mins into the movie i was like, okaaaaayyyyy patut tadi aku keluar je pegi beli kasut!

i cant help but compare la kan since i memang peminat ombak rindu ni since form 2! so of course la aku ada certain expectation. haduii la. byk kot important parts dlm novel tu yg xde dlm movie ni. like how izzah dapat ubah hariz dari org yg leka n lalai tentang solat, kembali sujud menyembah Pencipta yang Maha Esa. i'm not trying to condemn ke ape ke, tapi sebagai pembaca aku terasa sedikit terkilan. yes, aku tau sangat ini adaptation. bermakna bukan 100% akan diambil dari novel. tapi, org yg tulis balik cerita ni xkan la tahap pemahaman die jauh lari dari ape yg nak disampaikan Fauziah Ashaari?

ada satu hari tu ade la terbaca org komen pasal movie ni. kat newspaper kot kalau xsilap. org tu ckp Ombak Rindu ni tragedi murahan. org tu kata penulis ni saje je lebih2kan tragedi dlm cerita tu utk jualkan buku. ape ke? die ckp izzah tu digambarkan terlalu lemah sampai sanggup jadi isteri dan janji xkan tuntut hak. katanya izzah "pasrah" dirogol hariz. org tu betul ke tgh tgk movie yg same ni? Bukan ke izzah pengsan/mabuk masa hariz rape dia tu? kan die xsedar. dia sendiri ckp kt hariz yg org2 jahat tu suruh dia minum arak and die xsedar lansung perbuatan dia. kalau sedar or "pasrah" bak kata org tu, kenapa masa terjaga izzah tanya kt hariz apa yg berlaku?

org tu kata lagi, izzah merayu-rayu hariz supaya membeli dia. mana ada! izzah suruh hariz bawak dia keluar dari tempat tu sebab dia bukan pelacur! and dia mintak hariz kahwin dengan dia and janji xkan tuntut hak sebagai isteri bukan sebab dia saja gatal nak tido dgn hariz, dia mintak hariz kahwin dengan dia, sebab dia tak mahu menanggung dosa lagi. kalau dia xminta macam tu, mungkin hariz akan sampai bila2 pun jadikan dia perempuan simpanan tanpa ikatan sah. sekali lagi aku pelik dengan statement org tu.

tidakkah org tu perasan kenapa izzah buat mcm tu? pertama sekali bukan dia menyerah diri, tp dipaksa. dalam terpaksa tu dia xsedar sebenarnya. lepas tu dia mintak kahwin, kerana dah tido. pastu kenapa dia xmembantah ape saje yg dilakukan hariz pade dia?? sebab lepas tu dia dah jadi isteri! bolehkah seorg isteri melawan suami selagi tidak melanggar hukum Allah? pulak tu, dia dah sayangkan hariz. salahkan kalau seorang isteri tu taat pada suami? salahkah isterinya tu
dengan keaadaan terpaksa membiarkan suaminya menikah lain? ye la terpaksa sebab diorg kahwin pon senyap2 kan? kalau ikot logik, memang xde yg sanggup nak mcm tu. tapi kena fikir, kalau kita pulak kat tempat izzah. mane kita nak? dapat pahala kerana merelakan suami kahwin lagi, atau dapat dosa kerana meminta suami derhaka kepada ibunya??

overall cerita tu tak la teruk mana pun, byk lagi cerita teruk2 tapi org tgk mcm best je kan? to me watak2 pun mcm ade yg xkena. Datuk Suffiah tu orgnya tegas, berkaliber, almaklumla business women kan? tapi dlm movie ni Datuk tu tergedik-gedik plakkkkkkk. pastu location pon sama. memang la nama movie ni ombak rindu, tapi dlm novel setting kt KL kalau xsilap. if not pon kat bandar la sebab izzah tu hariz sorok dekat apartment. movie ni dia buat rumah hariz tu dekat tepi pantai. and masa pak dollah hantar mknan/izzah demam punya part pon, pak dollah dtg sendiri. and mana ada izzah mengandung masa dlm novel. 2nd novel ade la. peliksss

tapi ade sedikit yg aku musykil. part mana yg org dok heboh cakap nangis2 tu?? bagi aku, xberkesempatan pon nak nangis, sebab bab2 sedih tu mcm cepat sgt. xsempat nak menghayati, dah tuka ke scene lain. tapi yela, movie susah la kan nak ikot 100% dlm novel tu. kalau ikut sgt kang xke smpai berjam2 xabih citenye kan?

Thursday, December 22, 2011

Hohoholidayyyyyyy~~~

Hari ini dengan jayanya saya menjawab soalan test 1 rc design! Alhamdulillah i'm quite confident i did well :D err tp tanak plak la over confident! tapi sikit la ada konfidennye hehe..Maka dengan berakhirnya test hari ini, saya dengan gumbiranya mengisytiharkan cuti semester break yippiee!

oh yeah, the other day byn membebel2 pasal SBSM kan? meh nak introduce the machine....


tadaaa!haaa ni la dia :) apa boleh buat dengan machine ni?
  • Portable shape-cutting and embossing roller-style machine
  • Cleanly cuts thick materials, including cardstock, chipboard, fabric, foam, magnet, leather, metallic foil, paper and sandpaper
  • Works with Sizzix product library, as well as other die-cutting and embossing tools
  • Includes multipurpose platform and a pair of standard cutting pads

nak tengok hasil from die-cutting / embossing?


Sizzix 3D flower dies boleh potong paper/felt and jadi sangat2 cantik
Pix by Sizzix

Boleh juga greeting cards and paper bag!
yang kanan sekali tu Dress Bag, utk letak prezzies or bagi door gift ke..
(tu pon nk bgtau ke byn??)
Pix by Deena Ziegler


Most felt types boleh juga ;)
Pix by Felt-o-rama


Oh and yg ini byn dah order!!! miahahaha sungguh xsabar!
Pix by Sizzix

Mcm xnampak ape yg menarik pon kan? maybe kalau tgk mcm ni je xpuas + confuse amendeee la byn ni merepek sorg2? jom tgk video tutorial kt bwh ni k ;)




Tuesday, December 20, 2011

I've been busy.....konon!

Been meaning to update tapi mcm hehhh malasnya aku! Since sem ni ambil subjects yg agak major, so sepatutnya lebihkan la pada study. patutnya la. tapi xterjadi pon haha! hari2 buat apa? hari2 on youtube searching for new sizzix tutorials! apa nak jadi ni byn??

oh and btw! so excited to get my Sizzix Big Shot Machine! i was browsing fb the other day and saw someone tagging someone and on the picture it said "pre-order"! i was extremely excited, terus commented on the picture and sangat2 berharap the owner of that online shop reply asap! memula xnampak kt situ tulis dah close pre-order, tapi nasib baik yg teramat sangat the lovely lady replied my comments and ckp boleh squeeze another order for me :D

apa itu Sizzix Big Shot Machine(SBSM)? it is actually a die-cutting slash embossing machine yg sangat, and i mean SANGAT, byn minat! at first i only wanted it bcause boleh potong felt dengan sangat cemerlang, but after day in and day out tgk tutorials and learning about their dies, byk gila benda boleh buat! like scrapbooking, make cards.....nak tulis byk sgt xlarat! oh and yg paling best ialah, this machine is also compatible denagn dies yg ada diseluruh dunia ini! (ceh over ayat) eta for the machine is like mid-january mcm tu which is perfect sebab yg pre-order tu hanya for the machine, dies dia jual separately so boleh la kumpul duit from now to buy the dies (tp sebenarnya dah beli dah la from rayanne kannnnnn tunggu sampai ja :P) dah puas tgk tutorial, pergi pulak ebay cek harga dies T.T banyak hal betul la byn! pastu terrrrorder dies plak :) haihhhh

eh! alamak! esok class pagiii and its like 11.53am now..tu laaa dah elok class ptg, gatai tuka pagi padan muka! tapi sebenarnya dah start typing dari tadi la, tp tangan ni suka sgt nk click sana sini and xfocus! hadoiii la~


Friday, November 25, 2011

What have they done wrong?

As far as I know, my parents are nice people. Really nice people. They help others, they say good things about people they know and they always think big of others. To them, everyone is equal. No favorites. They do not take sides. They are also genuinely sincere in everything they do. When people acknowledge them, they are forever grateful.

Yet, people failed them. My parents have put a lot of effort in helping others, but what do they get in return? Nothing. Though they never ask for anything, shouldn't people at least be a wee bit, err how should I put this...I don't know, helpful? Thoughtful?

Talking behind their backs, discriminate against them, oh and don't even get me started on respect, which they don't get any. Why? Because they are well-to-do :) yep, tu je sebabnya. I'm like dead serious.

I wonder what its like if my parents were rich. Maybe then people would treat my parents better, no? Mesti mereka² yg samdol tu akan 24jam membodek tak pun sanjung tinggi ke langit. Kalau mengutuk belakang pun, mesti cover cemerlang sebab takut sampai kat mom & dad. Orang² yg suka memperkecilkan my parents mesti terjeling². Bestkan?

Reality. Very, VERY hurtful. Malangnya mom & dad tak kaya. So orang buat dengan sesuka hatinya. Tiada yg menghormati mereka, tiada yg cuba mengambil hati mereka. Lately makin banyak mereka disakiti. Makin banyak mereka hadapi sendiri.

Kenapa susah sangat nak jadi orang?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 28, 2011

I've Been Dupped!

Just when I thought "Wahhh bagus jugak drama ni, lain dari lain" rupanya kena tipu! I seriously thought Impian Raya Emelyn drama was refreshing, something new rather than dramas about Datoks and Datins and the corporate world. Or dramas about Orang Kampung yg suka berdengki and berdendam. Or dramas about dukuns and bomohs. Boy was I wrong.

I've been meaning to watch this korean drama entitled Mischievous Kiss. (Nak tgk pon sebab dude tu handsome gila la kan? ƗƗ¡ƗƗ¡ƗƗ¡ "̮) so last night I went to The Mines, cari punya cari at last jumpa gak kedai yg Miss Aliaa recommend. Owh and the shop sangat bagus btw, the dude there was very friendly and helpful. Siap checkkan skali subtitle ade ke ✗ :) ehh back to my rumblings, cari2 jumpa la dvdnye. Dengan excitednya, beli smpai 5 drama! Haha over sungguh mentang² coti bak kate Miss Aliaa (miss ni kire mcm sunbae, sunbae drama korea!)

Pastu today, I spent the whole day watching cerita ni and it hit me! Mcm pernah plak tgk cite ni! Bile mase plak? Rupanya storyline sebijik mcm cerita Emelyn yg dok syok tgk everyweek tu T.T sumpah terus rasa hampa sgt².

Its not that is not ok to tiru. Eh bukan tiru la pun, kira remake/adaptation la kan? Yes, korean pun buat remake gak mcm Boys Over Flowers tu yg ikut Taiwan's Meteor Garden. Tapi sedih gak, sebab bukan idea datang dari director/writer drama Emelyn tu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 16, 2011

Updates!

Been busy with finals and moving to our new house. How was my
exams? Don't ask!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 13, 2011

Ha? Ape? Dah bertunang??

A friend of mine shared this article on her wall and it got me thinking. Betapa Islam ini sederhana, tidak menyusahkan and most importantly sangat indah. Kenapa kita nak bermajlis besar-besaran hanya utk bertunang when kita sebenarnya boleh bertunang dengan sesimple mungkin? Mungkin kita terikut² dengan org lain. Anak jiran sebelah aritu bertunang siap pelamin kerang. Contohnya. So kita? Jom buat pelamin siput pulak. Bukan nak ckp xboleh bertunang meriah, boleh. Ikut suka, byn cuma terfikir yg kita ni suka ikut org.

Bukan juga nak mengatakan bertunang ni menyusahkan, tapi dari kita berhabis utk tunang, kenapa tak simpan duit tu utk kahwin nanti? Simpan utk pergi honeymoon ke, simpan utk rumah ke. Tapi ye la kan, kalau mampu and nak buat majlis silakan. Kat majlis tu nanti pon boleh la dua belah family berkenalan ye tak? Boleh jugak bincang utk majlis kawin nanti.

Eh dah la, bace je article kat bawah ni ek ;)

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 03, 2011

BEC 101 - Engineering Mechanics

November 2009, 1st semester . It was my very 1st class with AP Khairul Salleh. I was feeling a lil down because I had to undergo mechanics AGAIN. Then my lecturer calls my name...

"Sarah?" "Yes, sir?" "Where are you from?" With confidence I answered, "Malaysia".

The whole class, yes including my lecturer, laughed at my respond. I was puzzled and made weird faces haha.

AP Khairul Salleh chuckled and said, "I know, but where in Malaysia?" And I went, "ohhhhh subang jaya :D"

Right then I knew I'm gonna love this subject. Well maybe not the subject, but the teachings of AP Khairul Salleh. And Alhamdulillah I got an A+ for that subject :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, September 27, 2011

Pedoman Lelaki & Wanita

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, September 25, 2011

Contoh orang yang tidak bersyukur


Parent is derived from a latin word:Parēns, is a caretaker of an offspring. Parents. Kita WAJIB hormat. Wajib sayang. Wajib sanjung. Dan penting sesangat kita taat and mendoakan kesejahteraan mereka. I have heard so many things a person should never say or think about their parents from so many people and it made me realize, yg bergelar ibubapa ni teruk sangat ke? (not naming names here) Layak sangat ke mereka di keji dan di umpat?

Kenapa? Besar sangat ke kesalahan mak bapak tu? If you can forgive and ex-boyfriend/girlfriend, why not your mom & dad? Orang langgar bumper kereta terkemek sikit, boleh je maafkan. Kenapa tak mak bapak?

Ada setengah, marah kat mak bapak sebab mak bapak tak provide enough for them. Ada pulak, suka merendah-rendahkan kebolehan or memperkecilkan mak bapak. Tak boleh blah, blame mak bapak for their own mistake. "Mak bapak aku la ni, kecik-kecik manjakan aku sangat.." Salah plak dimanja kan? "Aku dulu, mak aku suka manjakan adik aku je. Aku ni kire macam terabai, ye la adik aku tu pandai.." tak dimanjakan pon marah.

Kenapa masa kecik dulu, walaupun manja tak nak berdikari dengan sendiri? Kenapa masa kecik dulu, dah tau tak pandai sekolah takde initiative to tackle hati mak bapak dengan pandai benda lain? Contohnya, pandai tolong mak masak, tolong bapak basuh kereta...Ade ke parents yg xsuka anak tolong diorg? Ade?

Ade juga setengah tu, suka sangat compare mak bapak dia dengan mak bapak orang lain. Dude/dudette, memang mak bapak kau tak sama dengan mak bapak org lain. Kalau semua mak bapak sama, semua org jadi adik beradik la. "Bapak kawan aku tu, bila anak dia dapat 1 A, rm100. Kawan aku tu dpt 5A pmr dapat rm500. Aku dapat 8A, mak bapak aku belanja makan je.." nampak tak? dah nampak jelas sangat ketidaksyukuran dia tu. "Kawan tu bapak kerja pemandu lori anak pulak ramai, tapi anak dia mewah jugak. Aku anak sorang pon mak bapak aku tak boleh belikan handphone canggih2. Pakai 3310 je" ni pun crystal clear gak kan?

what is with all the whining? yes sure I too whine about stuff, about how i'm less fortunate than others, but I dont blame it on my parents! Tak cukup ke all this while your parents brought you (and your siblings if any) up. Pagi2 keluar rumah pergi kerja to pay the bills, to put food on the table, put up with your silly antics lagi. Weekend diorg nak rest, korg complain tak bawak jalan2. So diorg pun kesian, bawak la korg berjalan. Sekolah nak pergi trip ke zoo, korg merayu2 nak ikut, bergolek2 nangis ni sebab nak tgk beruk punya pasal. Mak bapak sebab sayang, bagi la pergi + bagi duit. mak bapak tak pergi parents-teacher meetings, cakap mak bapak tak prihatin kebajikan/pendidikan sekolah anak. Kalau mereka tak prihatin, why on earth would they send you to school?

Mak bapak org lain jemput anak diorg dari sekolah. Kamu, kena naik school bus or public transportation. Tak puas hati jugak. "mak bapak aku sibuk kerja. mane ade masa utk aku.." *dialogue mase borak dengan kawan yg parents amik after school* Kenapa parents sibuk kerja? Bukan utk pay for your bills, food and schooling ke? You should be thanking your parents, kalau diorg xkerja, mungkin payah sikit la nak masuk U kan? (maybe, bukan tak boleh lansung la maksud disini) nak masuk U kena pakai duit. Baju nak beli, buku nak beli, supplies nak beli. If you have to stay in (hostel) lagiiii banyak nak beli. Kettle la, iron la, ade tu beli rack siap. padehal hostel ade dah cupboard. Kalau parents tak kerja kuat dulu, sapa nak tanggung? Granted la ada loan, but bukan immediately dapat pon. I know, i've been there!

eh macam lari context sebenar aku pulak dah haha. What I've been trying to highlight here is, bersyukur. Not just bersyukur with what you have etc etc. BUT, (caps siap ni) bersyukur la kamu tu masih ada PARENTS!!!!! Kalau ada parent pun kamu harus sangat2 bersyukur. Try and imagine, you dont have a parent. Imagine pulak, you have no parentS! Berani nak imagine? I for one bersumpah aku tak sanggup imagine my life without my parents. Memang, mak bapak tak sempurna. and yes ada org yg kita nampak mak bapak mereka sempurna berbanding mak bapak kita. Tapi at least kita masih ADA mereka. Nak dapat pahala sangat senang. Nampak je mak/bapak kita, senyum. Tu baru senyum, belum bg salam or ckp baik2 dengan diorg lagi.

My mom and dad pun macam mak bapak korg jugak. Tak perfect. Ada flaws. Ada juga yg xpuas hati. Pernah jugak aku sakiti. Tapi syukur Ya Allah, they are still with me. Kalau daddy takde, who's gonna stay up and wait for me whenever I go out. Who's gonna yell at me telling me I should not be getting home late? Sape yg nak tiba2 buat lawak when I argue with mom pastu buat kami gelak and lupa ape yg ktorg argue? My father taught me a lot of things. Too many of them for me to just pick one.

Momsie. I've fought, argued, scolded and shouted at my mother countless time. Yes. I too am not perfect. Anak derhaka sungguh aku ni. That is why, i can never think of my mom without weeping, thinking about all the bad things i did to her. As i'm typing ni pun, dah basah dah sleeves aku ni. But I love my mother more than anything in this world. Yep, sedikit cliche situ. I can never describe what kind of person my mother is. If my life is hanging on a thread and all i have to do to save my self is describe my mother in 1 word, death awaits. Because there is not a single word in the world that sums up to who my mother is.

Macam mana baik, macam mana jahat mak bapak tu please, PLEASE remember diorg tu mak bapak kita. Jangan just because you're weee bit better than your parents, you trample all over them. All over their feelings. Jangan pijak mak bapak dengan kebongkakkan kita. Jangan keji mak bapak yg dah besarkan kita. Jangan pernah kata kamu boleh berjaya tanpa mereka.

Jangan sampai tak sempat mintak ampun and maaf from our parents. Mintak dijauhkan.

Friday, September 23, 2011

I did it!

Alhamdulillah, yestreday was a success :) Made pasta bake and believe it or not, red velvet cupcakes! Yep. I made them for the first time yesterday. I don't know why I haven't thought of makin them before. Jie actually inspired me to make them :)

I was bored at home yesterday had nothing to do. When I came down to make lunch, kak siti told me we have some leftover pastas from sunday. I was thinkin of just making a sauce or maybe just fry them. Then I got creative, I searched for a pasta bake recipe. Wow senang gila! Then I accidently typed "red velvet" on the search bar pula. And voila, before I know it, I'm already at giant searching for cream cheese and what not :D

Yad, Mom, Dad and Milijo gave thumbs up at my first attempt and made me the happiest person alive!

P/s: should I post the recipe here? Hmm...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, September 20, 2011

Don't make promises...

...you can't keep! Sumpah rasa annoyed gila when shit like that happens. Yes, i know. Bukan semua org suka mungkir janji. And things happen for a reason. Tapi, masalahnya ini sendiri cari!

Recently a friend of mine texted me asking how my day was, how i was doing and all. The last time we spoken was like a year ago, I was kinda shocked that later after i replied his text he called me. But I guess since its Raya and all, maybe he's calling to wish me raya. So I just continued talking to him asking him how he was and what not. Pelik. He was really being awkward. Macam nak cakap, tp xcakap. Apende ni? Tak faham.

So I pun tanya la kenapa call? Apsal lame gile xdgr cite tibe2 je ade arini. He paused for like 10 secs. Then he said it was nothing. Saje je nak call. Borak mcm biasa la, he asked about Arif, I pun jwb je la. I'm always excited to talk about Arif with everyone pon kan, so bila org tanya mmg dengan gembira ria la aku cite. As i was telling him about how Arif is now working close with me, always dropping by to discuss about the house, he suddenly hung up on me. I thought maybe the line was bad or battery ke that's why he got cut off. Being me, kedekut punya org, I waited for him to call back. But he did not. I tried calling him back, tapi tak dapat. So today I was browsing and teringat pulak nak wall him. Nak tau ape jadi? I can't find him in my friends list :)

Ape kes? Dulu konon kawan sampai mati la. Kalau ada apa2 meh cari die la. Nak kawen jemput la. Nak jemput camne? Nak cari camne? Tried to check kawan2 lain pun dia delete ke, xpulak. Pende tah. If you have a problem with me, just come and tell me. Tak payah susah2. Just text me. Or simply send me a mail on fb. Its not like I would die if tak kawan dengan dia pon, tapi tu la. Konon kawan kena sentiasa ingat kawan. Konon "aku xdenye lupe ko, kalau pape ko org 1st aku jemput". Kenapa janji kawan mcm tu kalau nak delete and ignore kawan2? Kalau nak jadi macam tu, awal2 jangan janji apa2. I have no problem with that.

Haihh orang kan? So unpredictable. Predictable sangat pun susah. Tak masuk akal tu selalu. Granted that I might be losing a friend here, but if the friend doesn't need me anymore, what can I say? I'll leave it up to him.

Tanak kawan xpe la kan? InsyaAllah kite ade byk kawan lain ;)


Monday, September 19, 2011

Geotech - Quiz 1

The unimaginable happened. I kantoied my 1st quiz :( I only managed to score 11 out of 20 marks! How on earth am I going to major in geotech when I kantoi at the very beginning? Aduiiii. I really, REALLY need to buck up! Today everything went haywire. Passed up tutorial #3, but forgot to take pictures for future ref. Was suppose to go to Mak Ngah's place, but terlupa. Pastuuuu I've lost my voice! Sakit gila øk nak bercakap :( and I can't keep quiet pulak tu. Camne ni???
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, September 16, 2011

Kelaparan pulak..

Haihh woke up this morning feeling sooo hungry and the first thing that pops in my mind is...Seoul Garden! Why? Simply because its all you can eat! Haha. Ohh I can imagine frying chicken bulgogi, coffee chicken, kim chi, ice cream....haduiiii laa..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 15, 2011

Nubhan kuasa tak terkata!

Ya Rabbi, memalukan sungguh! Apsalnye yang aku bleh terlambat sgt tau pasal ni? Adoii tu la die, nak jadi tech savvy kunun. Padehal noob! Haha.

I was browsing some blog tadi, then I saw a post by someone. She posted via blackberry. I've been searching high and low for an app for blogger but couldn't find one. Only wordpress. Been using wordpress for some even private blogging quite some time now. (And yes, private meaning no, I'm never revealing that blog. Nothing weird or anything, just my silly thoughts that I'm not comfortable sharing with anyone just yet.)

So now that I've found a way, yeayyyy..ughh kadang mcm letih pulak nak menghadap monitor, plus skrg kena jimat electricity!

Weeee bestnya rasaaaaa (over) jom tengok Drive Me Crazy! Adrian Grenier super hot pleaseeee! (Oh tp aku tgk kat laptop la hahahah)

P/s: Milijo skrg is workin on our house's renovation! Super ♡!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Test

Hihi
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 14, 2011

Men.

Saw someone posted this of facebook. made me think.
Gadis : Kenapa awak ikut saya ni ?
Lelaki : Saya tak tahu.. Awak cantik sangat.. Saya rasa , saya dah cintakan awak,
Gadis : Hmm , awak tak jumpa lagi kawan saya , dia lagi cantik dari saya..
Lelaki : Hmm ?
Gadis : Dia ada di belakang awak...
Lelaki : *pusing* Tak ada siapa pon..
Gadis : Kalau awak betul2 cintakan saya , tak mungkin awak akan pusing !
*cintailah seseorang itu seadanya *
Sebenarnyekan, bukan lelaki je macam tu. perempuan pun. Tapi saya rasa lah. Sebab kadangkala saya pon suke tgk paras rupa orang, xkira lelaki/perempuan. Kalau perempuan cantik, i can't help but to tgk byk kali. kalau yg biasa je rasenye xperasan sgt kot? mcm saya la bila org lain tgk saya. kan?

Tuesday, September 13, 2011

Jyeahhh sudah mariiiiii~

So okay, parcel sudah sampai! right before lunch tadi pin pin kata van poslaju~~ berkejaran aku turun ke bawah nk amik hihi padehal boleh je suruh kak siti amikkan, tapi gedik punya pasal sendiri berlarian. paling xboleh blah, smpai kat pintu chewahh punye cool je jalan konon nak hide ke-excited-an haha. dah bagitau ke ek shawl ape yg byn beli? beli shawl kat sini, seller tu comel sangat siap ada tutorial lagi.

sebenarnya byn pernah jumpa seller tu, if im not mistaken around march kot aku ada pergi this seminar, kak anizon and team Dara.com ada buat mcm workshop for muslimah. ada ajar cara buat facial, ajar daily, night and natural make-up by m.a.c and tips pakai shawl. i saw this girl sangat comel, tudung dia lain dari org yg ada datang masa tu. consequently, she came with a supplier of mine jugak (iejan), tah mcm mana terjumpa blogshop ni.

been wanting to buy shawls from her, but then byn la katekan. busy la sgt konon tu. this time baru la ade opportunity nak beli. sangat efficient, lepas hantar order form and dapat acc number, bank-in and tup tap dah sampai abg poslaju yg xberapa nak laju tu. (tp laju la jugak, smpai berhenti depan rumah tu tayar screeeccchhhiiingggg sakit telinga hahaha). definitely a recommended seller.

sila lah lawati blogshop berkenaan ye ;) (oh and saya promote bukan sebab dibayar or disuruh, tapi sebab sangat puas hati with the quality and the promt reply from seller)

create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!



Link

Meroyan tiada kawalan...

Last sunday aku meroyan gila sebab beli shawl smpai 10 pcs just for me. haha padan muka, aku geram sgt sebab shawl tu kalau beli 1pc, its like almost 30rm. Hello, aku ni student la :( manede duit bebyk nak beli shawl harga mcm tu! so aku nekad (chewah nekad) beli wholesale to get cheaper price. so meroyan la aku memilih colours pulak. padehal 24jam pon mmg aku pkai black kan? gedik2 plak nak pilih2 colour. but whatever la, alang2 dah nak beli tu pilih je la hihi. seller tu cakap, by today the shawls will arrive! terus rasa tanak keluar rumah. i've checked with poslaju punya track n trace pon die tulis situ attempting delivery (camtu ke tulis?). weeee by tomorrow boleh pkai shawl gedik! yeayyy. *excited terlebih terhadap bende xpatot*


p/s: shawl gedik disini adalah sateen shawl. cantik pulak tgk org pakai. tapi takot pulak sendiri pakai terus jadi yuck pulak T.T dah beli dah pon xleh nk ckp ape la byn oiiii~~~~

tutorial? how-to? recipe?hmmm...

thinking of posting an entry on how to make my version of Curry Mee. Tapi not like proper recipe, sebab ingredients xde measurements yg tepat. sebab aku masak ikut hati. (konon passionate sgt la aku ni? haha) boleh ke gitu? bantai je la x? hihi

Saturday, September 10, 2011

Raya kami :)

Raya datang lagi! hehe 2 weeks into raya baru la aku nak update ye x? wadeselow byn!

macam biasa, pagi raya daddy n dol pegi solat raya, momsie masak, dinah err buat rambut? and aku? tidoq menggantikkan tidoq yg teramat limited bila tiba hari raya. eh tp xla lambat mane pon bangun, tahun ni bangun pukul 8.30 hehe just before daddy pegi solat raya :)

pastu bila daddy balik, kitorg akan makan! lauk ape? semestinya Lontong Sedap Mummy + sambal kelapa, Rendang Minang ala Mak Teh, Sambal Sotong, Kuah Kacang, Ketupat Pulut Yadik and last but not least, FAR from LEAST, Ayam Bulat Femes Puan Mofeda :D (nama rekaan je pon hihi)

dah makan, beratur la kami semua utk salam2 raya. mase ni mmg sangat best la sebab mommy mesti bagi duit raye hehe (eleh tu je suke) tapi bab yg xbest tuuuuuuuuuuuuu time mintak ampun :'( Almaklum la, aku ni anak byk dosa. memang banjir la kan.......ok sambung balik.....tahun ni aku n dinzly dpt duit raya dari dol! ade ke bengong die tu, memule dah salam die kasi la packet duit raya tu, tp sedikit musykil, apsal plak cam ringan je packet ni? rupenye samdol tu bagi packet KOSONG!!! wade samdol sungguh!! aku yg airmate xabih2 lagi tu leh bantai gelak plak haha..

oh lupe! kasut raya tahun ni kami ber3 (mom,me and yad) telah ditaja sepenuhnye oleh dol. daddy pon dapat baju raya :) Alhamdulillah dpt la sorg sikit ye x? Thanx dol!

dah habis beraya, kitorg pon headed towards kajang untuk ziarah opah and atuk. tapi sedih, aku tahun ni xdapat nk ziarah sama2 :'( tp xpe, ustaz yg ajar aku titas dlu pernah ckp, xwajib pun ziarah kubur, ckup sekadar kite sentiasa ingat, doa dan sedekah ayat2 suci Al-quran kpd yg telah pergi. InsyaAllah kalau niat kite utk bersedekah tu, sampailah sedekah kite. pastu kami pon ke rumah mak ngah. sampai rumah mak ngah, ape lagi, sambung mkn+amik pics la ape lagi! hehe syok je ktorg mase tu gelak2, tambah2 badik pon ade, kire tahun ni cukup la semua cucu2 opah atok. xtermasuk cucu2 mak ngah plak. mmg kecoh!

dah makan, dah bergambar, ktorg masing2 beransur plak ke rumah Tok Ngah, Tok Lang n Tok Chik kt Segambut and Selayang. Alhamdulillah sihat2 diorg. Tok Lang je la yg xberapa sihat sgt, tp itu pun tok lang dah boleh bangun n jalan sikit2 :) lepas tu singgah rumah Mak Teh. Ya Rabbi mase ni mmg gile2 xlarat sgt dah! nasib baik la duduk kejap ke lepas tu ktorg balik.

sampai rumah terus upload pics smbil tertido2 hihi..

letak skit la pics kt sini. nak tgk lagi? aikk lebih2 plak hahaha tgk fb sane :P


Monday, August 29, 2011

A little something for everyone...

A friend of mine shared this video especially with me because the character in this video is also called Sarah :) InsyaAllah, I too want to be free of black spots in my heart.



Friday, August 19, 2011

Under Construction

ngeee tgh cari template yg comey2 skit..
malas plak nk buat sendiri :P


Wednesday, August 17, 2011

Janji la sangat..

haduiii..konon aritu janji dengan diri sendiri nak update selalu la blog ni kan? sekali terlupa daaa.. sebenarnye aku bizi sket 2-3 bulan ni (ye la tu) nak2 since ramadan menjelma ni kan. mane nak pergi class, jaga daddy, masak for iftar, bwk daddy physio and byk lagi la aktiviti yg menyekat nak update blog ni. if only blogger ni ada application for my precious bynberry hihi.

cerita pasal bynberry aku ni, ade sedikit kerisauan melanda lubuk hati ni. bukan apa, tibe2 je maxis ni jadi kedekut tahi idung masin! dulu bis bonus monthly, rm20 je. semua application boleh pakai, baik bbm, social and blackberry app world. sekarang no more. monthly for the whole package is like rm98! gile ke hape? mmg la rm20 tu capped at 20mb je, but at least aku boleh la pakai wifi bila nak dload/browse. ni melampau2 plak dahhhh sakit jiwa raga aku. aku rasa xlama lagi maxis akan kehilangan pengguna tegar seperti aku ni. aku pon dah nampak tune talk punya bis plan, menarik!

to some ppl aku ni poyo, ye la dah la student, nak pkai bb, pastu pkai prepaid plak tu. bukan aku xboleh pkai postpaid line, tp masalahnye aku ni xpercaya dengan kebolehan diri sendiri utk refrain dari menggunakan phone+sms dengan limitation. kang dibuatnye mcm phone rumah dulu mcm mana? xke naya aku? aku nak pakai postpaid kena tunggu dah kerja gaji 5k baru boleh pakai haha sebab by that time, aku dah boleh la mensupport diri sendiri and suffer the consequences alone :P

enough about that, jom cerita pasal bulan puasa kami di PH nak? (nak ke xnak aku nk cite gak!) Alhamdulillah 17 days into ramadan dah kite. ramadan kali ni berbeza dari sebelum2nya. daddy not really improving, but alhamdulillah setakat ni daddy puasa penuh. dol xde (best gak la). and kerja2 ke bazar ramadan keseluruhannye ditugaskan kepada aku. tahun ni tah mcm xde selera plak aku tgk mknan kt bazar. semua mcm biase mkn je, xde yg pelik2 or interesting pon. pastu ktorg kt umah pon mcm xde yg mkn sgt. yg mkn pon daddy, aku n kak siti je (nasi la maksud aku tu) mummy xmkn nasi, mkn lauk je, opah plak mmg xluak la pon nasik. budak dinot tu kdg2 je mkn tu pon kalo die ade kt umah. and so far thun ni aku xde la plak trasa nak buka kt luar. malas, bkn ape kalau kt umah bleh la rilek2, kalau buka kat lua kena reserve la, pastu kene smpai awal takot penuh kedai. pastu org ramai lg. rimas btol rase. paling2 pon 1st day aritu je buka kt umah achu. pastu mmg xde dah buke kt lua.

paling xmenyeronokkan bagi aku is, i am constantly tired. like all the time. serious penat. like today i was suppose to bwk kete dol pegi service, but that didn't happen. aku tido 1 ari! bangun kejap2 je. tu pon sebab Dr Quek datang n aku kena byr. pastu pkl brape tah mummy call ckp hp xde bateri n mtk aku amik kt tmpt biase dlm 6-6.20 gitu. then sambung balik tido. konon nak bgn pkl 4 something la sbb nak beli brg utk masak soto buka nnt, tp bila pikir2 balik, pkl 6 kang nk htr nurse daddy tu, xlarat la plak nak kua masuk kan? so at about 5.30 baru bangun yg betul2 bangun. masak2 sket, htr nurse, g kedai n bazar tepi flat tu n mummy sampai. pastu balik. tu je keje aku time cuti. teruk sungguh aku ni tido. mcm kemaruk sgt tdonye tu. apsal yg aku penat sgt ni ek? xpaham. sungguh xpaham lsg. is it because i'm like juggling byk benda ke? ishhh aku perlu kuat! xbleh nk rilek2, dah la sem ni amik SA2!! aritu test cam kantoi tlebih je. blom lg Geotech ngn PDI mabok tu! classes monday, wednesday n thursday je, tp aku siyes penat gila babun. perlu ke aku mkn supplement? haihhh dah mcm mummy plak rase.....

Sunday, July 10, 2011

Drool baby drool~~~~~~~~~

there are two things im looking forward to nextweek!


a) Getting supplies for my felt craft~

b) makin homemade macaroonssss!!!!

aku mcm terjumpa pulak la webbie yg ajar buat macaroons plak kan hihi~
so nextweek tunggu la ek, i'll post pictures and kasitau mcm mana buat sekali ;)

toodles~

Sunday, July 03, 2011

Cucuk tang sini tang sini tang sini...


Pernah tgk org buat acupuncture secara live? aku xpernah, tapi tadi aku tgk live depan mata! Huii sumpah xterkata aku tadi tgk daddy buat acupuncture! the first point yg doctor tu buat is exactly on daddy's head! serious tgh2 kepala tu dia cucuk..mak aihh aku mase tu dah tahan perut xterkata dah. tapi daddy ckp sedap, xsakit sikit pon! aku pon sikit lega la bila daddy ckp mcm tu, tp xdapat nak elak ke-seriau-an aku tu. ewahh mcm aku plak yg buat acupuncture la plak kan? hehe. acupuncture ni kawan mommy suggest, as an alternative to conventional medicine. mom ada tanya dengan daddy's neurologist Dr. Vimalan tu beforehand, tp doctor tu mom ckp mcm marah sgt2 plak. ingtkan apehal la die nak marah sgt, rupe2nya dia nak promote electrode therapy dia tu. ktorg bukan la xnak try electrode therapy tu, tp kewangan memaksa kami utk cari alternative lain. acupuncture ni walau xmurah mane sangat, atleast kurang sket la beban die berbanding dgn electrode tu. and yg paling menyenangkan tu, Dr. Quek (acupuncturist) tu boleh datang ke rumah. which is very much convenient for daddy. Gleneagles tu dah la jauh dari rumah, and daddy cepat letih. nak2 plak jalan kat KL tu xleh byk potholes lagi la plak kan? instead of bringing daddy all the way there, baiklah kite try yg boleh datang ke kita kan? macam mana pun, kita kena usaha. usaha utk baikkan daddy, dengan izin Allah mane tahu, acupuncture ni bleh tolong kan? usaha dulu baru tawakkal. selain dari physiotherapy, aku n mom nak jugak la try lain2. mcm kalau urut tu, daddy ni diabetic so xboleh main tibai2 je urut. tukang urut kadang2 ade yg amature, ikot suke die je nk urut. salah urut nnt kang takut pecah2 plak veins. lepas acupuncture tadi, alhamdulillah daddy boleh angkat kaki! tinggi pulak tu. terkejut aku tadi. Alhamdulillah, aku bersyukur sgt2 tgk perubahan daddy. naknye utk session2 yg seterusnya makin boleh improve daddy's condition, InsyaAllah. I love you daddy, sarah sentiasa berdoa utk kesihatan daddy. semoga daddy diberkati kesihatan yg berpanjangan ya. InsyaAllah.

Saturday, July 02, 2011

Keunggulan Terbilang







heyya~ today sangat2 menggembirakan! seriously, i had a great time. Alhamdulillah, thanx to Mardhia, i get to meet my course mates from utm. gila lama xjumpa! its been like 3 years or so. well except for Iqa, but it is always good to see her again ;) tadi ada fath, pa'e, sue, aini, sha, rina, zafi, nina, kak as, kak siti, norida, masya, dija, omg kalau aku nak type sorg2 kt sini mmg lenguh la kan. haha. Mar as usual, so very pretty! The bride and groom wore white, and Mar's family wore grey. sangat cantik. If im not mistaken, Mar wore a white with grey details on her dress. Aihhhh super awesome and aku sangat2 jealous! According to my friends, Mar and her husband kenal like 2-3 years b4 getting married. Aku yg dah kenal almost 5 years ni xde ura-ura nak kawen pon haha. rezeki masing2 kan? nak buat camne, tunggu je la turn aku. nak kawen pebende pon blaja xabih lg! ish ish ish..owh and mom n dad ckp, aku xboleh kawen lg sbb to them i'm still a baby ;P

lepas makan2 and took pictures, we went to Masjid Besi for solat Zuhur. 1st time jejak kaki ke rumah Allah yg dibina masa Pak Lah. Besar masjid tu, kalau org yg xberapa nak ada sense of direction mcm aku ni mmg bakal sesat la aku sorg2 kt situ hehe. the tempat wuduk and the toilet sangat memuaskan, sbb bersih. tapi ade la jugak tissue merata2 masa kat toilet tu. aihh xtau ape nak ckp, org kita ni mmg malas jaga kebersihan sikit. masjid tu ada berapa tingkat ek? xingat, but level 2 di khaskan utk jemaah muslimat, so kami pon headed there to menunaikan solat. selesai solat, kami duduk la sambil2 betul2 tudung and betul2 make-up (mereka ye, bukan saya :P) sambil borak2. mcm biasa la kalau dah lepas pergi wedding, topic perbincangan xlain n xbukan, "Lepas ni sape pulak?" mcm2 betul budak2 ni, tapi yg paling aku nampak, that situation mengingatkan aku mase aku kat utm dlu. mase tu aku rajin lepak dgn yani, pa'e, biyah, zie and ema. kadang2 masya n kak lia pon ade. kami selalu g surau time zuhur and asar, lepas smyg zie and ema mmg xkan lepas cermin bedak mereka, sambil pkai2 tudung tu borak2. ohh how i wish i could turn back time. life was way more easy back then.

lepas dah bergambar2 kt masjid, Iqa ajak pergi amik gmba. tapi ari mcm dah panas gile plak kan, so Iqa ajak pulak pergi rumah dia. memula cam segan gak la, dah la ktorg ramai. pastu die ckp ade mak long die plak. tp dah org ajak, xkan nk byk bising plak kan? so ok we went to Iqa's place. mak die friendly sangat2, siap tau lagi nama some of us hehe. Iqa buat air sarsaparilla yg super duper sedap nak2 tghari panas tu fuh~~ brape kali tambah xyah cite la aku kan? haha..pastu die jamu ktorg mkn bone steak (tu ke name ek?) ala yg mcm stew kambing warna merah yg cicah dgn roti tu :D sumpah sedap! (aku bab makan sume sedap). borak dan borak lagi. pastu mase borak2 tu, tetibe norida tersebut satu ayat yg aku lameeeeeeeee gila xdgr/baca. "Senarai Tampal" haha mesti korg xtau ape tu kan? Senarai tampal tu keluar lepas exam, dia sbnrnye gred utk subject yg ktorg sit for exam. sebelum the grading is final, lecturer akan keluarkan senarai tampal tu la. senarai tampal tu biasenye kua on a short period, kire mcm sneak preview before result yg printed dikeluarkan. mase dlu Ya Rabbi menggigil tangan kot masa bukak portal nak cek senarai tampal tu. haha dasyat btol utm ni ayat xtahan sungguh. org luar utm mungkin xtau kot ape senarai tampal tu hehe. dah lepak2 tu, diorg plan nak pergi amik2 gambar around putrajaya, tapi aku xdapat nak ikot sbb kat rumah org nak dtg. xde rezeki aku nak lama2 sket dgn diorg. tp xpe la, ada jodoh jumpa la lagi kan? ape ade hal ;)

Wednesday, June 29, 2011

"Success will be ours, forever"


Perghhh tajuk handal haha..itu last line from kliuc anthem. gila lawak kan? nak success pekebendenye kalau student portal pon tahap skola rendah pon lg terer. every starting of a semester ni je masalah utama. eh tak la utama sangat, ni kire seken la sebab masalah terutama is when aku terpaksa berdiri 3 jam everytime nak register sem T.T bengom tahap babun x? serious menjengkelkan sebab masa sekolah dlu pon xpayah susah2 mcm ni. tapi ye la, org kata bukan semua bende senang. perkara berbangkit yang nak diceritakan ni ialah, student portal.

masa 1st sem dlu ok je semua. register subject, add/drop subject, timetable semua complete online. masuk 2nd sem dah serabut gila. register subject yg dah exemption pastu kena print, and add/drop manually..ade sekali tu plak selamba je akak office tu ckp "xtau la mane ilang, aritu byk org submit. tiba2 kwn awk dtg amik n hilangkan" xke mase tu ko rase nak melempang diri sendiri? nasibbbbbbbbbb baik aku ada photocopy, mase tu gak akak tu key in. tapi tu kalau nasib baik, kalau nasib xberapa nak baik? huii print, drop, add and submit semula la nampak gayenye!

ok, itu baru pasal submit utk register subject. belum lagi kes register slot. nak register slot hapekebendenye lagi bila akak tu nak kene key in utk SEMUA student civil? mcm la student tu ade 30 org je kan? so kene tunggu la........tunggu lagi.......dan lagi.......ha! dah key in! *yeayyyyyy* jom register slot! bukak2? perghhhh slot full. menangis la lagi :) berkejaran pulak cari lecturer subject tu. kelas dah pegi dah ni, register subject xleh sbb slot full. status? terumbang-ambing disitu. kalau dapat lecturer yg suci murni hatinya, Alhamdulillah. kalau dpt yg garang mak datok n xde kompromi? sile register sem depan ye. simpan la balik notes2 yg dah dibeli sepanjang mengikuti kelas terbabit.

bagi yg berjaya utk register slot, jeng jeng jeng..kau ingt dah abih cerita? ditakdirkan pulak clash timetable :) so ape nak buat? masuk kelas A sparuh, masuk kelas B separuh? jgn nak mimpi la weh~~~~~~~~~elok2 lecturer tu baik, die makinye kau pulak. mula2 ckp ok2 no problem. time ko masuk die dah start mengajar, mula membebel berjela2 xhengat punya! tp tu stgah lecturer je la pon kan. ade stgh tu kau keluar masuk 40x pon die relax je lagi. at the end of the semester, kau jgn question la kenapa dapat B- je kan :)

haihhh so this is what i have to endure every semester. sumpah penat. ok tipu la penat sgt pon, takat berdiri 3 jam tu xde la ape sgt. kurang2 dapat la borak2 bocor mulut kan? (oh yes, aku mmg mulut bocor everytime bersama kwn2 xkira kwn mcm mana pun ;P) dengar cerita sem ni plak diorg nak start new marking scheme. kononnya coursework will carry 40%, which means 60% tu datang dari final exam. kesian, terimalah hakikat :)

Tuesday, June 28, 2011

A new start perhaps?





i need a change.
have to change.
for myself, for mom and dad.
i have to become a better person.
misti. wajib.