Tuesday, January 17, 2012

Saddening..

Pelik. Pelik sangat² dengan klinik kerajaan. I'm at Klinik Kesihatan & Pergigian Kg Pandan. Daddykins kena ambil darah for testing b4 his next appointment in 2 weeks time. B4 this, ambil darah was easy peasy. Letak form, ambil nombor, tunggu, panggil, balik. All done near the main door. Senang, mudah, cepat.

Sekarang? Tempat ambil darah dalam errr apa nama pulak benda ni. Ala yang mcm office kat site tu. Trailer kot? Hehehe kite panggil trailer la ek? Ok. Xpe la lagi, maybe sebab the officers rasa kurang selesa la kan kt luar. Panas, melekit. Tapi dalam trailer tu? Nak naik trailer ada tangga. Pintu trailer bukan pintu standard (kecik sikit), pastu tempat orang menunggu dia, betul2 depan pintu trailer tu. Terconggok la org menunggu. Kena buka kasut pula tu! Hadoiii la.

I'm confuse, bukankah klinik ini sepatutnya lebih user friendly? Bayangkan makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek-nenek and atuk-atuk yg xberapa kuat dipaksa membuka kasut, memanjat tangga. Memang la tangga takat 2 langkah je, tapi kita kena ingat mereka dah berumur, mata kurang jelas. Kalau tersalah langkah and tersungkur? Xke kesian? Kita yg muda pun bila jatuh tahu sakit, bayangkan diorg? I for one tak mahu jadi witness to that kind of situation.

Kalau ada la yg baca entri ni, mesti diorg akan ckp "ala byn ni, tau komplen je. Byr murah diam² aje lah". Its not a matter of byr murah ke, byr mahal ke. But its a clinic for crying out loud! Tempat ambil darah tu bukan je not accessible for elderly, tapi especially utk org atas wheelchair. Bayangkan, klinik ni ramai orang, pastu bilik² utk cek mata, cek ecg, cek darah (glucose), cek kench semua sangat sempit. Bila sempit, orang kat situ kena la buat system yg teratur. Kerusi xpayah la banyak, ckup utk org yang dah ambil giliran. Banyakkan kerusi kat luar ke, kat tempat tunggu ke. Buat la utk org yg dtg daily tu, 1 tempat. Pakai la mic ke ape ke bila panggil patient. Xpayah la jerit², orang tua ni sensitif bila orang jerit² tinggi² suara. Bukan orang tua je, aku pon nak mengamok hahaha. Faham la sikit, kadang pendengaran pun kurang. Ala takat mic and err apekenamenye, ala yg cucuk mic kasi suara tu la. Bukan mahal sangat pun, kat pudu tu berlambak jual. Ade range harga lagi. Kalau pkai mic kan senang, xperlu la cik misi sume jerit and bazir tenaga.

Ever since daddy on the wheelchair, I learned that facilities utk org atas wheelchair sangat² limited. Kedai-kedai xada ramps, toilets selalu rosak. Paling xtahan ialah org. Orang² ni apsal sangat tidak sensitive? Dah nampak org tengah tolak wheelchair, ketepi la sikit. Kasi laluan sikit. Sikit je weh, xbanyak pon. Kalau naik lif, kasi la mereka jalan dlu. Xboleh ke? Bagi mereka "ala nyusahkan org je. Dah dok wheelchair tu dok kt umah je la xyah nyebok nak kesana kesini". Maybe itu bukan apa yg ada dalam hati mereka, but that is how I feel when dealing with people when I'm with dad. Ada yang baik اَلْحَمْدُلِلّهِ bersyukur sangat kerana masih ada yg suci hatinya utk membantu. Bukan mintak tolong tolak pun. Ketepi sikit je.

Eh back to the story, (dah side track banyak gila dah ni haha), persoalannya sekarang, macam mana daddy nak masuk ke tempat ambil darah tu? Pintu sempit. Daddy xboleh nak langkah tangga. Sebenarnya kalau la kakitangan sanggup turun ke bwh and ambil darah kt bwh, boleh je. Persoalan kedua, ndok ke deme? Haihhh.. Byn bkn ape, diorg ni kadang tau nak membebel je. Orang dah kata xboleh jalan tu, xboleh la! Kalau boleh berjalan, ape kes pulak daddy duduk atas wheelchair! Grrrrr!! Which part of "TAK BOLEH BERJALAN" do they not understand?

Ada hikmah kenapa semua ni terjadi. اَلْحَمْدُلِلّهِ keadaan daddy buat Byn belajar and peka towards the sensitivity orang² yg berwheelchair. Kena sentiasa bersabar. Kalau tak, sampai bila pun xkan perasan benda² mcm ni terjadi. والله أعلمُ بالـصـواب
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 13, 2012

Hmm..

☐ Taken
☐ Single
√ No longer giving a damn.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone