Friday, December 30, 2011

Itu je ke??


Pagi tadi buka tv and *yeayy* Ombak Rindu dah keluar kt astro first! dah tau dah mlm ni nak buat apa hehe boleh la tgk dengan mom&dad. since ktorg pun bukan nk pegi mana pun kan? So ok, lepas balik ambik mom and makan kt kedai mee jawa wak swarno kat Kg Baru, ktorg pon balik rumah and i decided to purchase la channel tu. Movie starts at 9.40, so sempat la mom nk goreng keropok lekor makan2 skit and start tgk. tapi, 15mins into the movie i was like, okaaaaayyyyy patut tadi aku keluar je pegi beli kasut!

i cant help but compare la kan since i memang peminat ombak rindu ni since form 2! so of course la aku ada certain expectation. haduii la. byk kot important parts dlm novel tu yg xde dlm movie ni. like how izzah dapat ubah hariz dari org yg leka n lalai tentang solat, kembali sujud menyembah Pencipta yang Maha Esa. i'm not trying to condemn ke ape ke, tapi sebagai pembaca aku terasa sedikit terkilan. yes, aku tau sangat ini adaptation. bermakna bukan 100% akan diambil dari novel. tapi, org yg tulis balik cerita ni xkan la tahap pemahaman die jauh lari dari ape yg nak disampaikan Fauziah Ashaari?

ada satu hari tu ade la terbaca org komen pasal movie ni. kat newspaper kot kalau xsilap. org tu ckp Ombak Rindu ni tragedi murahan. org tu kata penulis ni saje je lebih2kan tragedi dlm cerita tu utk jualkan buku. ape ke? die ckp izzah tu digambarkan terlalu lemah sampai sanggup jadi isteri dan janji xkan tuntut hak. katanya izzah "pasrah" dirogol hariz. org tu betul ke tgh tgk movie yg same ni? Bukan ke izzah pengsan/mabuk masa hariz rape dia tu? kan die xsedar. dia sendiri ckp kt hariz yg org2 jahat tu suruh dia minum arak and die xsedar lansung perbuatan dia. kalau sedar or "pasrah" bak kata org tu, kenapa masa terjaga izzah tanya kt hariz apa yg berlaku?

org tu kata lagi, izzah merayu-rayu hariz supaya membeli dia. mana ada! izzah suruh hariz bawak dia keluar dari tempat tu sebab dia bukan pelacur! and dia mintak hariz kahwin dengan dia and janji xkan tuntut hak sebagai isteri bukan sebab dia saja gatal nak tido dgn hariz, dia mintak hariz kahwin dengan dia, sebab dia tak mahu menanggung dosa lagi. kalau dia xminta macam tu, mungkin hariz akan sampai bila2 pun jadikan dia perempuan simpanan tanpa ikatan sah. sekali lagi aku pelik dengan statement org tu.

tidakkah org tu perasan kenapa izzah buat mcm tu? pertama sekali bukan dia menyerah diri, tp dipaksa. dalam terpaksa tu dia xsedar sebenarnya. lepas tu dia mintak kahwin, kerana dah tido. pastu kenapa dia xmembantah ape saje yg dilakukan hariz pade dia?? sebab lepas tu dia dah jadi isteri! bolehkah seorg isteri melawan suami selagi tidak melanggar hukum Allah? pulak tu, dia dah sayangkan hariz. salahkan kalau seorang isteri tu taat pada suami? salahkah isterinya tu
dengan keaadaan terpaksa membiarkan suaminya menikah lain? ye la terpaksa sebab diorg kahwin pon senyap2 kan? kalau ikot logik, memang xde yg sanggup nak mcm tu. tapi kena fikir, kalau kita pulak kat tempat izzah. mane kita nak? dapat pahala kerana merelakan suami kahwin lagi, atau dapat dosa kerana meminta suami derhaka kepada ibunya??

overall cerita tu tak la teruk mana pun, byk lagi cerita teruk2 tapi org tgk mcm best je kan? to me watak2 pun mcm ade yg xkena. Datuk Suffiah tu orgnya tegas, berkaliber, almaklumla business women kan? tapi dlm movie ni Datuk tu tergedik-gedik plakkkkkkk. pastu location pon sama. memang la nama movie ni ombak rindu, tapi dlm novel setting kt KL kalau xsilap. if not pon kat bandar la sebab izzah tu hariz sorok dekat apartment. movie ni dia buat rumah hariz tu dekat tepi pantai. and masa pak dollah hantar mknan/izzah demam punya part pon, pak dollah dtg sendiri. and mana ada izzah mengandung masa dlm novel. 2nd novel ade la. peliksss

tapi ade sedikit yg aku musykil. part mana yg org dok heboh cakap nangis2 tu?? bagi aku, xberkesempatan pon nak nangis, sebab bab2 sedih tu mcm cepat sgt. xsempat nak menghayati, dah tuka ke scene lain. tapi yela, movie susah la kan nak ikot 100% dlm novel tu. kalau ikut sgt kang xke smpai berjam2 xabih citenye kan?

No comments: